Wednesday

COVID-19 SERANG KEDAH


 ASSALAMUALAIKUM and hi everyone,,

Selepas sivagangga,muda,sala,tawar,telaga dan sekarang sungai, Semuanya berlaku di Kedah dan 4 kluster berlaku berdekatan dengan tempat tinggal serta dekat dengan tempat kerja aku, Jangan kata lepas ni alor pulak sudah.

COVID-19: Satu lagi kluster baharu dikesan


Kluster Sivagangga hampir sejam perjalanan ke Napoh, ok lah rasa macam jauh sikit, Kluster Telaga paling dekat, tak sampai 5 minit dah sampai kawasan tu. Kluster Sungai, the latest one, aku perlu melalui kawasan tu before sampai tempat kerja. 


Selepas dua hari bermulanya kluster tu, dekat HBAS atau HSB2 orang ramai gila sebab nak buat swab test. Tak sampai dua hari dah masuk generasi kedua. Kawasan bermulanya kluster tu lengang kerana sanitasi awam akan dilakukan dan kawasan tu ditutup. untuk orang awam. Dan separuh dari kes ni melibatkan petugas kesihatan di sebuah hospital swasta yang popular dekat alor setar ni ha.


Situasi Terkini Empat Buah Kluster | COVID-19 MALAYSIA


Hal yang paling membimbangkan buat kami yang bekerja di bidang yang berkaitan dengan sekolah ni apabila sekolah kena tutup. Tapi bagi aku better tutup la daripada biar budak2 tu terdedah dekat sekolah. Budak2 tera mana sangat la depa nak dengar cakap pasai jarak2 bagai ni.. Sat ja depa dengaq lepastu dak dah la.

Dengar kata MB Kedah cadang buat pkpd dekat dua kawasan kluster ni jadi. Kalau pkpd maksud dia cuti la aku dua minggu. Tapi demi keselamatan semua aku rela bercuti. Sekarang pi kerja pon rasa tak selamat. yalah musuh tak nampak ni payah betul nak lawan. Dah la mai tak dijemput, entah bila la dia nak nyah. La ni kena jaga diri dan orang sekeliling kita dengan ikut s.o.p yang ditetapkan dan kalau tak dak hal penting better dok rumah ja la.



No comments: