Friday

Resipi : Ayam Percik Kelantan yang sedap dan mudah disediakan

 Assalamualaikum and hai everyone...

Semenjak Kota Setar kena PKPD ni rajin pulak aq ke dapur untuk memenuhi  keinginan perut yang pelbagai ragam. Harini adik2ku request nak makan ayam bakar. Ikut katanya nak bakar macam mana pun. Alang2 stok santan masih ada aq buat keputusan untuk buat ayam percik kelantan style sendiri. Here we go..



BAHAN-BAHANNYA:

Bahan perapan ayam:

  • ayam seekor potong 4 (aq guna bahagian paha sahaja)
  • 5 ulas bawang merah *
  • 5 ulas bawang putih *
  • halia sebesar ibu jari *
  • sedikit garam

Bahan Kuah:

  • 1 cawan santan cair *
  • 4 batang serai *
  • halia sebesar ibu jari *
  • lengkuas sebesar ibu jari *
  • 20 tangkai cili kering (rendam air panas) *
  • 1 cawan air *
  • 3 sudu makan gula
  • garam secukup rasa
  • perasa *optional
  • 2 keping asam
  • santan pekat 
Cara-caranya:



1.Sediakan bahan perapan
  • Tumbuk kasar semua bahan bertanda * dan perasakan dengan garam.
  • kelarkan sedikit ayam supaya dapat menyerap bahan perapan.
  • lumur dan perapkan lebih kurang 1 jam atau lebih.


2.Sediakan Kuah
  • kisar semua bahan bertanda * 
  • didihkan dalam kuali
  • perasakan dengan garam,gula,perasa dan asam keping
  • seterusnya ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan dalanm didhan kuah hingga separuh masak.
  • angkat ayam dan perap sekali lagi selama 1 jam atau lebih
  • sementara itu lebihan kuah di atas kuali tu tambahkan 1 cawan santan pekat
  • masakkan sampai pekat kemudian boleh tutup api





3.Bakar atau Panggang ayam
  • akhir sekali, bolehlah bakar ayam tadi dalam oven atau pemanggang sampai masak sepenuhnya.
Siap untuk dihidangkan.

yummmemememehhhh....

Thanks for reading..

HAIR OIL TERBAIK UNTUK RAMBUT KERING

 Assalamualaikum and hai everyone..


Watson dan Guardian, tempat wajib singgah kalau pergi mall. Kaki tu tak lepas nak melangkah kalau tak masuk situ. Jadinya a week before PKPD haritu, aq pergi la satu mall dkt town ni sebab nak pergi shopping barang dapur. Last sekali, masuk entrance yang sebelahnya ada watson, singgah situ dululah jawabnya,


Rambut aq sememangnya sejenis yang sangat kering and a lil bit frizzzy. So, hair oil ni anatara benda penting yang wajib aq sediakan di rumah. Sebelum aq kenal hair oil yang fancy2 ni aq guna minyak baby johnsson tu ja ha. Tapi dia punya tekstur bila di rambut terlalu berminyak dan sangat berminyak la.


So, after aq tengok satu iklan di televisyen tentang l'oreal extraordinary oil ada small packaging terus aq pergi grab. Almaklumlah yang 100ml mahal, kurang berkemampuan masa tu. After try that one, aq terus jatuh cinta pandang banyak kali..tekstur yang kurang berminyak,rambut dah tak mengerbang kesana kesini. Sangat la recomended. Rambut tak merelit ,, org kedah kata. Just nice. Then aq dah mula menjadi consumer tetap hair oil ni. Sampai la before PKPD haritu kawan aq suggest suruh guna jenama natural by watson. Sebab katanya hair oil yang aq guna tu untuk bangsawan sedangkan kami ni rakyat marhaen yang perlu saving wang pada masa la.

So, aq pon belilah hair oil natural by watson ni, nak try betul ka seperti yang kawan aq gembar-gemburkan keistimewaan hair oil dia ni. 



  


Aq pilih yang argan  for very dry, and damaged hair. Dia ada 3 types actually, argan, olive and marola.Disebabkan rambut aq kering sangat jadi aq pilih argan. Sekarang dah seminggu aq guna dia dan sangat la recommended dan tidak mengecewakan. Harga dia masih mampu milik. Separuh dari harga yang dekat atas tu la..hikhik


THANKS FOR READING!!!

Sunday

RENDANG AYAM YANG SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN

 ASSALAMUALAIKUM and hi everyone,,


Harini hari ketiga PKPD daerah Kota Setar dan hari kedua aq bercuti. So, harini aq kena memasak memandangkan adik aq nak bercuti dari memasak ni sepanjang 2 minggu PKPD. Sejak mak kami meninggal setahun yang lalu, kami gilir-gilir buat tugasan rumah ni. Disebabkan adik lelaki dan bapak kami dah bosan makan sambal tumis dan sup2. Maka aq buat keputusan untuk masak rendang, lama dah tak makan rendang. Last bulan syawal haritu la. Sampai adik aq merungut la, bulan ramadhan haritu rajun pulak semingggu sekali buat rendang, sekarang sibuk kerja tak sempat.

Disebabkan PKPD ni maka terjadilah rendang ayam yang senang dan marvellous ni..


Bahan-bahannya:

1.Ayam 1/2 ekor

2.Bawang besar - 4 labu kecil2#

3.Bawang putih - 7 ulas #

4.Cili kering - 22 tangkai #

5.Serai - 4 batang #

6.Halia - sebesar ibu jari #

7.Lengkuas - sebesar ibu jari #

8.Biji Rempah - 1 sudu teh -disangai terlebih dahulu #

9.Daun Kunyit - 3 helai 

10.Dauh limau Purut

11.Santan - 1 kotak

12.Asam keping - 1 keping

13.Kerisik - 4 sudu besar

14.Garam - 1 sudu besar

15.Gula - 1 1/2 sudu besar

16.Perasa #optional

17.Air


Add caption

Cara-caranya:

1.Blend semua bahan2 yang bertanda #



2.Tumiskan bahan blend tadi dalam kuali sehingga mendidih.



3.Masukkan ayam ..



4.Masukkan santan, kerisik, gula, garam, perasa, asam keping, daun kunyit yang dicarik2, last but not least daun limau.


#Jangan lupa rasa pulak..

#Enjoy


Wednesday

COVID-19 SERANG KEDAH


 ASSALAMUALAIKUM and hi everyone,,

Selepas sivagangga,muda,sala,tawar,telaga dan sekarang sungai, Semuanya berlaku di Kedah dan 4 kluster berlaku berdekatan dengan tempat tinggal serta dekat dengan tempat kerja aku, Jangan kata lepas ni alor pulak sudah.

COVID-19: Satu lagi kluster baharu dikesan


Kluster Sivagangga hampir sejam perjalanan ke Napoh, ok lah rasa macam jauh sikit, Kluster Telaga paling dekat, tak sampai 5 minit dah sampai kawasan tu. Kluster Sungai, the latest one, aku perlu melalui kawasan tu before sampai tempat kerja. 


Selepas dua hari bermulanya kluster tu, dekat HBAS atau HSB2 orang ramai gila sebab nak buat swab test. Tak sampai dua hari dah masuk generasi kedua. Kawasan bermulanya kluster tu lengang kerana sanitasi awam akan dilakukan dan kawasan tu ditutup. untuk orang awam. Dan separuh dari kes ni melibatkan petugas kesihatan di sebuah hospital swasta yang popular dekat alor setar ni ha.


Situasi Terkini Empat Buah Kluster | COVID-19 MALAYSIA


Hal yang paling membimbangkan buat kami yang bekerja di bidang yang berkaitan dengan sekolah ni apabila sekolah kena tutup. Tapi bagi aku better tutup la daripada biar budak2 tu terdedah dekat sekolah. Budak2 tera mana sangat la depa nak dengar cakap pasai jarak2 bagai ni.. Sat ja depa dengaq lepastu dak dah la.

Dengar kata MB Kedah cadang buat pkpd dekat dua kawasan kluster ni jadi. Kalau pkpd maksud dia cuti la aku dua minggu. Tapi demi keselamatan semua aku rela bercuti. Sekarang pi kerja pon rasa tak selamat. yalah musuh tak nampak ni payah betul nak lawan. Dah la mai tak dijemput, entah bila la dia nak nyah. La ni kena jaga diri dan orang sekeliling kita dengan ikut s.o.p yang ditetapkan dan kalau tak dak hal penting better dok rumah ja la.



KERABU DAUN SELOM MARVELLOUS

 ASSALAMUALAIKUM and hi everyone..



Kerabu daun selom antara kerabu yang menjadi favourite family aku dan kerabu yang aku reti buat masa ni dan yang paling mudah dan senang untuk dibuat. Jom kita tengok dan cuba resipi kerabu yang simple ni. Here we go....

Add caption


Bahan-bahannya:


*Daun selom

*Ikan kembong aka ikan temenung

*Bawang merah @ bawang besar

*Cili padi

*Belacan

*Air

*Garam

*Perasa


Cara-caranya:

1.Hiriskan daun selom halus atau yang mudah dimakan dan sesuai untuk buat kerabu.

2.Mayang bawang merah @ bawang besar nipis-nipis.

3.Potong cili padi cantik-cantik

4.Bancuhkan belacan dalam sedikit air untuk memudahkan kerja.

5.Kemudian campur semua bahan2 di atas dan perasakan dengan garam dan perasa.

6.Siap dan sedia untuk dihidangkan.