JALAN-JALAN CARI MAKAN KEDAH
JALAN-JALAN CARI MAKAN KEDAH
Assalamualaikum and hi everyone..
After 10 days adik pah stay Bayan Lepas kitaorang pergi hantar baki barang-barang dia. Pukul 1030am bertolak dari aor sampai rumah dia dekat Taman Bukit Jambul dalam pukul 1230pm. Agak susah untuk aq ingat jalan nak ke rumah dia tu sebab ni first time turun dari jambatan sebab sebelumnya aq pergi dri pengkalan uda Georgetown but takda lah susah mana kalau turun dari jambatan. Lagi dekat rupanya dan cepat. Setengah jam kami disitu naik turun ke level 26. Pergh dia punya sengsara untuk manusia yang pusing bila naik lif lama-lama.
Kami bertolak balik kerana ada perancangan nak pi makan KAPITAN. Around 1pm kami sampai Perda terus masuk Restoran Kapitan. Selalu amin bungkuskan ja untuk kami. Ni first time aq sampai situ. Not bad, luas, dan yang penting patuh SOP..Sebelum ni aq dah pernah makan Kapitan dekat belah pulau sana..ok sedap..tapi yang ni lagi sedap...
![]() |
sumber:google |
![]() |
nasi briyani ayam |
After kenyang siap tapau lagi kami bertolak balik. Sampai ja dekat sungai dua ternampak la pulak signboard Family Mart, minyak pon tekan tak pi dah kenalah singgah dulu jawabnya. Family Mart ni ada di Caltex sungai dua lebuhraya utara selatan arah utara sebelum plaza tol sungai dua.
Masa ke KL dulu dah pernah masuk dah tapi teruja sebab nampak dekat belah utara ni, beratur la kami dua beradik gara-gara nak masuk dalam.
Dah la beratur lama, masuk ja sedih sebab dah tak banyak pilihan. Maka kami pilih onigiri, oden dan sofuto saja.
![]() |
sofuto burn cheesecake |
![]() |
tomyam oden |
aiskrim tu paling tak boleh telan tak berapa nak kena dengan selera..
onigiri tu entah kenapa la rasa macam nasi putih biasa ja..
Thanks For Reading!!!
Assalamualaikum and hai everyone, since end of september until now kes covid-19 naik and still kekal tiga angka. Tengok siaran langsung KP Kesihatan tengtang perkembangan covid-19 di Malaysia hari-hari jelas kepenatan dan kelelahan dia. Sekarang kita harus mengamalkan konsep #kitajagakita dan meneruskan norma baharu dalam kehidupan. Elakkan pergi ke tempat yang sesak, pakai mask, dan kerap cuci tangan.
Sekarang Malaysia sedang mengalami 3rd wave during RMCO or PKPP since 20 september until 11 oktober Malaysia mencatatkan sebanyak 4433 cases. So, marilah kita sama-sama jaga diri dan ikut s.o.p yang ditetapkan.
Assalamualaikum and hai everyone...
Semenjak Kota Setar kena PKPD ni rajin pulak aq ke dapur untuk memenuhi keinginan perut yang pelbagai ragam. Harini adik2ku request nak makan ayam bakar. Ikut katanya nak bakar macam mana pun. Alang2 stok santan masih ada aq buat keputusan untuk buat ayam percik kelantan style sendiri. Here we go..
BAHAN-BAHANNYA:
Bahan perapan ayam:
Bahan Kuah:
Assalamualaikum and hai everyone..
Watson dan Guardian, tempat wajib singgah kalau pergi mall. Kaki tu tak lepas nak melangkah kalau tak masuk situ. Jadinya a week before PKPD haritu, aq pergi la satu mall dkt town ni sebab nak pergi shopping barang dapur. Last sekali, masuk entrance yang sebelahnya ada watson, singgah situ dululah jawabnya,
Rambut aq sememangnya sejenis yang sangat kering and a lil bit frizzzy. So, hair oil ni anatara benda penting yang wajib aq sediakan di rumah. Sebelum aq kenal hair oil yang fancy2 ni aq guna minyak baby johnsson tu ja ha. Tapi dia punya tekstur bila di rambut terlalu berminyak dan sangat berminyak la.
So, after aq tengok satu iklan di televisyen tentang l'oreal extraordinary oil ada small packaging terus aq pergi grab. Almaklumlah yang 100ml mahal, kurang berkemampuan masa tu. After try that one, aq terus jatuh cinta pandang banyak kali..tekstur yang kurang berminyak,rambut dah tak mengerbang kesana kesini. Sangat la recomended. Rambut tak merelit ,, org kedah kata. Just nice. Then aq dah mula menjadi consumer tetap hair oil ni. Sampai la before PKPD haritu kawan aq suggest suruh guna jenama natural by watson. Sebab katanya hair oil yang aq guna tu untuk bangsawan sedangkan kami ni rakyat marhaen yang perlu saving wang pada masa la.
So, aq pon belilah hair oil natural by watson ni, nak try betul ka seperti yang kawan aq gembar-gemburkan keistimewaan hair oil dia ni.
THANKS FOR READING!!!
ASSALAMUALAIKUM and hi everyone,,
Harini hari ketiga PKPD daerah Kota Setar dan hari kedua aq bercuti. So, harini aq kena memasak memandangkan adik aq nak bercuti dari memasak ni sepanjang 2 minggu PKPD. Sejak mak kami meninggal setahun yang lalu, kami gilir-gilir buat tugasan rumah ni. Disebabkan adik lelaki dan bapak kami dah bosan makan sambal tumis dan sup2. Maka aq buat keputusan untuk masak rendang, lama dah tak makan rendang. Last bulan syawal haritu la. Sampai adik aq merungut la, bulan ramadhan haritu rajun pulak semingggu sekali buat rendang, sekarang sibuk kerja tak sempat.
Disebabkan PKPD ni maka terjadilah rendang ayam yang senang dan marvellous ni..
Bahan-bahannya:
1.Ayam 1/2 ekor
2.Bawang besar - 4 labu kecil2#
3.Bawang putih - 7 ulas #
4.Cili kering - 22 tangkai #
5.Serai - 4 batang #
6.Halia - sebesar ibu jari #
7.Lengkuas - sebesar ibu jari #
8.Biji Rempah - 1 sudu teh -disangai terlebih dahulu #
9.Daun Kunyit - 3 helai
10.Dauh limau Purut
11.Santan - 1 kotak
12.Asam keping - 1 keping
13.Kerisik - 4 sudu besar
14.Garam - 1 sudu besar
15.Gula - 1 1/2 sudu besar
16.Perasa #optional
17.Air
![]() |
Add caption |
Cara-caranya:
1.Blend semua bahan2 yang bertanda #
2.Tumiskan bahan blend tadi dalam kuali sehingga mendidih.
3.Masukkan ayam ..
4.Masukkan santan, kerisik, gula, garam, perasa, asam keping, daun kunyit yang dicarik2, last but not least daun limau.
#Jangan lupa rasa pulak..
#Enjoy
ASSALAMUALAIKUM and hi everyone,,
Selepas sivagangga,muda,sala,tawar,telaga dan sekarang sungai, Semuanya berlaku di Kedah dan 4 kluster berlaku berdekatan dengan tempat tinggal serta dekat dengan tempat kerja aku, Jangan kata lepas ni alor pulak sudah.
Kluster Sivagangga hampir sejam perjalanan ke Napoh, ok lah rasa macam jauh sikit, Kluster Telaga paling dekat, tak sampai 5 minit dah sampai kawasan tu. Kluster Sungai, the latest one, aku perlu melalui kawasan tu before sampai tempat kerja.
Selepas dua hari bermulanya kluster tu, dekat HBAS atau HSB2 orang ramai gila sebab nak buat swab test. Tak sampai dua hari dah masuk generasi kedua. Kawasan bermulanya kluster tu lengang kerana sanitasi awam akan dilakukan dan kawasan tu ditutup. untuk orang awam. Dan separuh dari kes ni melibatkan petugas kesihatan di sebuah hospital swasta yang popular dekat alor setar ni ha.
Hal yang paling membimbangkan buat kami yang bekerja di bidang yang berkaitan dengan sekolah ni apabila sekolah kena tutup. Tapi bagi aku better tutup la daripada biar budak2 tu terdedah dekat sekolah. Budak2 tera mana sangat la depa nak dengar cakap pasai jarak2 bagai ni.. Sat ja depa dengaq lepastu dak dah la.
Dengar kata MB Kedah cadang buat pkpd dekat dua kawasan kluster ni jadi. Kalau pkpd maksud dia cuti la aku dua minggu. Tapi demi keselamatan semua aku rela bercuti. Sekarang pi kerja pon rasa tak selamat. yalah musuh tak nampak ni payah betul nak lawan. Dah la mai tak dijemput, entah bila la dia nak nyah. La ni kena jaga diri dan orang sekeliling kita dengan ikut s.o.p yang ditetapkan dan kalau tak dak hal penting better dok rumah ja la.
ASSALAMUALAIKUM and hi everyone..
Kerabu daun selom antara kerabu yang menjadi favourite family aku dan kerabu yang aku reti buat masa ni dan yang paling mudah dan senang untuk dibuat. Jom kita tengok dan cuba resipi kerabu yang simple ni. Here we go....
![]() |
Add caption |
Bahan-bahannya:
*Daun selom
*Ikan kembong aka ikan temenung
*Bawang merah @ bawang besar
*Cili padi
*Belacan
*Air
*Garam
*Perasa
Cara-caranya:
1.Hiriskan daun selom halus atau yang mudah dimakan dan sesuai untuk buat kerabu.
2.Mayang bawang merah @ bawang besar nipis-nipis.
3.Potong cili padi cantik-cantik
4.Bancuhkan belacan dalam sedikit air untuk memudahkan kerja.
5.Kemudian campur semua bahan2 di atas dan perasakan dengan garam dan perasa.
6.Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (22/220) mentakrifkan rasuah dengan: “Sebarang pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”.
Begitu juga dengan firman Allah SWT:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah al-Baqarah: 188)
Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:
لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي
Maksudnya: “Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.”
Riwayat Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313)