Assalamualaikum and hai...
Iwan Shifudo Grill & Hot Pot antara tempat makan steamboat yang popular di Alor Setar ni. Aku first time pi makan awal tahun 2020 haritu sempena birthday one of my colleague. Then, dari seorang yang kurang suka steamboat terus jadi gemar makan steamboat. Iwan Shifudo ni harga dia masih menjangkau akal fikiran tak macam sesetengah tempat tu yang wowo dengan harga kayangan tu..
Iwan Shifudo beralamat di LOT PT9678, Jalan Lencong Barat, Taman Dahlia Iii, 05400 Alor Setar, Kedah dan kedai dia betul-betul tepi jalan dan mudah untuk dicari.
Iwan Shifudo ni depa rajin jual voucher. Setiap kali ada PKPB, PKPD atau PKP sekalipun mesti depa jual voucher tapi ada limit. Harga berbaloi-baloi kalau beli voucher ni. Aku sudah dua kali beli voucher satu rm19.90 dan satu lagi rm23.90..
Aku suka pi petang masa dia baru buka kedai dalam pukul 6pm macam tu sebab kalau malam memang sesak dengan manusia. Jadi musim norma baharu ni elok la mengelak pi malam, so pi la petang orang tak ramai jadi kita boleh pilih mana kita nak duduk dan semestinya tempat pilihan adalah dekat buffet. Walaupun pada hakikatnya duduk sampai malam. Tapi jangan risau surau dan tandas ada disediakan.
Menu utama dan popular dekat iwan shifudo ni adalah daging danok dia perghh..mantull
Menu lain yang ada ayam blackpaper, ayam sate, daging sate, udang, sotong, ketam, sayuran, segala jenis bebola, mee dan kawan2nya, dan macam-macam lagi la.
No comments:
Post a Comment