Thursday

JJCM KEDAH : KACHA CAFE, ALOR SETAR

 ASSALAMULAIKUM AND HAI EVERYONE..




Hari-hari aku kini dipenuhi dengan mencuba makanan di luar. Kedai ni dah lama dah buka dekat situ tapi disebabkan kesibukan yang melampau baru-baru ni baru aku dapat ke sana. 


sekali lagi aku kesana bersama adik lelaki dan sepupu aku. Disebabkan kami dah teman dia pi beli lappy jadi she want to treated us, so kami pilih KACHA CAFE sebagai tempat untuk kami menjamu selera. Antara cafe hipster yang paling sedap makanan dia.


So, ni first time untuk kami bertiga makan dekat situ. Jadi sebagai first timer dia jadi noob tak tau nak makan apa. So aku pilih Grilled chicken with black pepper sauce and kacha homemade sauce and fries, adik aku pilih beef steak with black pepper sauce with  fries, and sepupu aku pilih jalan selamat iaitu chicken chop with blackpaper sauce and kacha homemade sauce with fries. Untuk air pula expectation aku untuk ice blended sangat la tinggi sekali sampai hambik kau macam air bancuh ja, presentation untuk air out..



Grilled chicken with black pepper sauce and kacha homemade sauce with fries




 chicken chop with blackpaper sauce and kacha homemade sauce with fries





beef steak with black pepper sauce with  fries





But, untuk makanan chicken grilled was the best choiced yang aku buat..hahah..dia pnya dressing pergh sedap gila..untuk chicken chop beza dekat ayam ja yg lain semua sama..paling kurang kena dengan tekak ialah beef steak..tapi boleh ja makan.

Location: Jalan Sultanah, 05350 Alor Setar, Kedah, Malaysia
Open daily 6pm-12am


JJCM KEDAH : Iwan Shifudo Grill & Hot Pot - Alor Setar

 Assalamualaikum and hai...




Iwan Shifudo Grill & Hot Pot antara tempat makan steamboat yang popular di Alor Setar ni. Aku first time pi makan awal tahun 2020 haritu sempena birthday one of my colleague. Then, dari seorang yang kurang suka steamboat terus jadi gemar makan steamboat. Iwan Shifudo ni harga dia masih menjangkau akal fikiran tak macam sesetengah tempat tu yang wowo dengan harga kayangan tu..

Iwan Shifudo beralamat di LOT PT9678, Jalan Lencong Barat, Taman Dahlia Iii, 05400 Alor Setar, Kedah dan kedai dia betul-betul tepi jalan dan mudah untuk dicari. 

Iwan Shifudo ni depa rajin jual voucher. Setiap kali ada PKPB, PKPD atau PKP sekalipun mesti depa jual voucher tapi ada limit. Harga berbaloi-baloi kalau beli voucher ni. Aku sudah dua kali beli voucher satu rm19.90 dan satu lagi rm23.90..




Aku suka pi petang masa dia baru buka kedai dalam pukul 6pm macam tu sebab kalau malam memang sesak dengan manusia. Jadi musim norma baharu ni elok la mengelak pi malam, so pi la petang orang tak ramai jadi kita boleh pilih mana kita nak duduk dan semestinya tempat pilihan adalah dekat buffet. Walaupun pada hakikatnya duduk sampai malam. Tapi jangan risau surau dan tandas ada disediakan.




Menu utama dan popular dekat iwan shifudo ni adalah daging danok dia perghh..mantull




Menu lain yang ada ayam blackpaper, ayam sate, daging sate, udang, sotong, ketam, sayuran, segala jenis bebola, mee dan kawan2nya, dan macam-macam lagi la.



oiyaa, first kita masuk lepas dapat tempat depa akan tanya nak set shellout atau char koteow..selalunya kami pilih char koteow la..