Saturday

JJCM KEDAH : NASI LAN KEDAH (PERUDA)

 JALAN-JALAN CARI MAKAN KEDAH


 

 Nasi Lan Kedah memang terkenal terutamanya di kalangan orang Alor Setar. Kedai ni terletak di tepi lorong Kompleks Peruda berdekatan dengan Pacific Star Parade. Kawasan setinggan tapi rasa bak hotel lima bintang begitulah dapat digambarkan keenakan rasa nasi kandar versi melayu ni. Waktu operasi kedai ni dari pukul 7.00 pagi sampai la 2.00 ptg.




Sejak adanya covid-19 ni baru pertama kali aku pergi makan situ. Ingatkan pergi pukul 10.00 pagi orang makin kurang tapi sangkaan aku salah kerana orang masih ramai. Tempat duduk dia full tapi adikku punya nak makan jugak beratur la jugak kami. Hampir sejam beratur baru sampai turn kami untuk pilih lauk.
aku makan nasi, daging hitam, telur rebus (gara-gara telur sotong habis...sakit hati kiterrrr) dan kubis goreng. Adik aku ambil lauk andalan di kedai iaitu sotong sambal dan telur rebus. Sepupu kitaorang ambil ayam goreng (bukan penggemar nasi kandar). Kuah semestinya banjir...




Not bad harga dia masih belum harga firaun. Masih boleh bawa berbincang. Disebabkan terlalu lapar dan penat beratur tak sempat snap gambar terus ngapppp

So, kepada sesiap yang berada di Alor Setar khusunya juga di luar Kedah amnya jemputlah ke kedai NASI LAN KEDAH di ALOR SETAR... MANTULLL