Sunday

RASUAH SUDAH MENJADI BUDAYA RAKYAT MALAYSIA?

Cuepacs: 'Hapus karenah birokrasi jika mahu buang rasuah'
Assalamualaikum,,,

Rasuah, suapan,  bribery, corruption dan bermacam lagi panggilan dia adalah haram disisi undang2 agama dan negara.


Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.

Rasuah dah sinonim dengan rakyat Malaysia buat masa sekarang. Hari2 pelbagai berita dari media cetak,media sosial dan segala media yang wujud dekat Malaysia ni memberitakan tentang rasuah.

Rasuah terjadi dari peringkat bawahan hinggalah yang pihak atasan. Rasuah dah seperti budaya dalam kalangan rakyat Malaysia sekarang. Rasuah terjadi secara sedar dan tidak sedar. Terkadang rasuah berlaku tanpa sedar. Terkadang seseorang tu tahu bahawa hal tersebut salah dan menuju kearah rasuah dan keburukan tapi saja butakan mata pekakkan telinga. Sekarang susah nak jumpa orang yang lakukan sesuatu tanpa balasan. Semua perkara yang mereka buat mesti mengharapkan balasan yang lebih.

Tuntutan palsu juga termasuk dalam kategori rasuah. Beli kertas rm0.20 tapi claim balik duit dekat office rm1.00. Mula2 dengan jumlah yang kecil saja buat tuntatan palsu lepastu dah mula makan duit tak elok , orang tak syak pulak mulalah claim lagi dengan jumlah yang banyak.

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:

  • Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
  • Menawar/Memberi suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
  • Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
  • Menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta SPRM 2009][1]

Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (22/220) mentakrifkan rasuah dengan: “Sebarang pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. 


Begitu juga dengan firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

(Surah al-Baqarah: 188)


Manakala dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

Maksudnya“Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

Riwayat Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313)






Monday

COVID-19 MELANDA PENDUDUK UTARA TANAH AIR

Assalamualaikum and olla,,

Akhir Julai 2020 lepas, Malaysia dikejutkan dengan kluster Sivagangga yang tersebar dengan cepat, dan tempat mula ianya merebak adalah di Napoh iaitu di utara tanah air yang terletak di daerah Kubang Pasu. Maka popularlah Napoh..


Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kedah - Lokasi





Kluster ni memamg kluster yang mnengejutkan banyak pihak terutama di Kedah..Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Disebabkan sorang manusia yang tak paham bahasa satu Malaysia kena terima padah..

Tak pasal2 negeri Kedah hilang terkeluar dari zon hijau gara2 seorang PR yang tak ikut SOP..

Kluster dah menyebabkan Perlis tersingkir dari zon hijau,,dimana penduduk kuala Sanglang pon terkena tempias..

Jadi berhati-hatilah wahai semua rakyat Malaysia. Ikut la SOP yang ditetapkan, elaklah tempat awam yang sesak, keluar jika ada urusan sahaja, 

#kitajagakita